Sunday, March 16, 2014

Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja


  1. Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang dengan lebih lanjut lagi menerangkan kata kerja itu. 
  2. Dalam ayat susunan biasa, keterangan hadir sesudah kata kerja.
  3. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek.
  4.  Dan segi struktur binaannya, unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, dan frasa nama. 
  5. Contohnya:

  • Kerajaan mengeluarkan kenyataan tentang kenaikan gaji
  • Sungai Perak mengalir dengan tenangnya. 
  • Pemimpin yang sudah berumur itu bercakap perlahan - lahan.
  • Bunga rampai itu berbau sungguh harum.
  • Mereka berjuang demi kemerdekaan air. 
  • Burung helang terbang tinggi. 
  • Rombongan pengantin itu tiba malam tadi.
  • Kumpulan pelajar Malaysia itu bertolak esok pagi ke Jepun.


    6. Dilihat dan segi makna, frasa keterangan terbahagi kepada lapan kumpulan, iaitu:

(i) Keterangan tempat atau arah ialah unsur yang membincangkan lokasi terjadinya sesuatu peristiwa atau keadaan. 
- Kata sendi namanya ialah di, ke, dari, daripada, kepada, dan pada
- Contohnya:

  • Ramai wanita bekerja di kilang. 
  • Mereka berasal dari  Sarawak. 
  • Tembakannya kena pada sasarannya. 
  • Adik menerima surat daripada sahabat penanya. 
  • Juragan itu terjun ke dalam Iaut.
  • Hadiah ini diberikan kepadanya.

(ii) Keterangan waktu
-  Terdapat dua bentuk keterangan waktu.
-  Yang pertama merupakan frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama pada, dalam, sejak, dan hingga. 
- Yang kedua terdiri daripada frasa nama, misalnya semalam dan dua dekad yang lalu. Contohnya:

  • Kuliah itu tamat pada pukul 5 petang. 
  • Kursus itu bermula sejak 5 tahun yang lalu.
  • Kami menunggu ketibaannya hingga pukul 12 malam.
  • Dia menyelesaikan kerjanya dalam masa tiga jam. 
  • Perwakilan negara-negara asing tiba semalam. 
  • Peristiwa itu berlaku dua dekad yang lalu.

(iii) Keterangan cara.
- Terdapat dua bentuk keterangan cara. 
- Yang pertama terdiri daripada kata adjektif
- Yang kedua terdiri daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan  diikuti oleh kata adjektif yang menerima kata pembenda —nya.

  • Kereta api itu bergerak Iaju. 
  • (a) Kereta api itu bergerak dengan lajunya. 
  •  Mereka bercakap lantang. 
  • (a) Mereka bercakap dengan lantangnya. 
  • Sungai Perak mengalir tenang 
  • (a) Sungai Perak mengalir dengan tenangnya.

(iv) Keterangan tujuan atau harapan.
- Keterangan tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud sesuatu perbuatan atau kejadian.
- Kata sendi namanya ialah demi, untuk, dan bagi.

  • Kita berjuang demi keadilan undang - undang.
  • Mereka bertindak untuk kepentingan sendiri. 
  • Rakyat harus berusaha untuk kejayaan masa depan negara. 
  • Kerajaan membina pusat kesihatan desa untuk faedah orang - orang kampung.
  • Berjuanglah demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

(v) Keterangan alat ialah unsur yang menerangkan perkakas atau benda yang digunakan. - - -- Kata sendi namanya ialah dengan.
- Contoh:

  • Rombongan pelajar itu datang dengan bas.
  • Dia memukul ular itu dengan buluh.
  • Mereka menyeberangi sungai itu dengan rakit
  • Saya memotong tali itu dengan pisau belati.

(vi) Keterangan penyertaan ialah unsur yang menerangkan maksud ikut bersama-sama. -  - -- Kata sendi namanya ialah dengan.
- Contoh:

  • Pelajar baharu itu datang dengan ayahnya.
  • Menteri Pendidikan tiba dengan pegawai-pegawainya.
  • Murid-murid melawat muzium dengan guru mereka
  • Pengerusi majlis masuk ke dewan dengan setiausahanya.

(vii) Keterangan hal ialah unsur yang menerangkan keadaan. 
- Kata sendi namanya ialah tentang, mengenai, terhadap. 
- Contoh:

  • Mereka sedang berbincang tentang perkara itu
  • Jawatankuasa membuat teguran terhadap hal itu.
  • Kerajaan akan mengeluarkan kenyataan mengenai kekecohan yang berlaku di bank tersebut.

(viii) Keterangan bagai ialah unsur yang menerangkan keserupaan. 
- Kata sendi namanya ialah seperti, bagai, sebagai, bak.
- Contoh:

  • Dia berlagak seperti pegawai. 
  • Pasangan suami isteri itu bagai pinang dibelah dua.
  • Saya berperanan sebagai bapanya. 
  • Mukanya bercahaya bak bulan purnama.



No comments:

Post a Comment