Saturday, February 15, 2014

Frasa kerja Bahasa Melayu

 Ø  Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah keta kerja.
  Ø  Kata kerja tersebut boleh terdiri daripada kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.
  Ø  Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek serta unsur lain manakala kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan.
  Ø  Contoh frasa kerja:
Subjek
Frasa kerja
Adik
sedang tidur.
Hang Jebat
bertikam dengan Hang Tuah.
Pemburu
menembak harimau itu dengan senapangnya.
Kami
sedang makan ayam goreng.


        1)    Binaan frasa kerja

  §  Terdiri daripada 2 jenis:
a)    Frasa kerja yang tidak mengandungi objek.
v  Kata kerja tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.
v  Frasa kerja ini mengandungi kata kerja tak transitif.
v  Contoh ayat:
-       Mereka sedang tidur
-       Hujan turun dengan lebatnya.

b)    Frasa kerja yang mengandungi objek.
¬  Kata kerja mesti disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya.
¬  Frasa kerja ini mengandungi kata kerja transiitif.
¬  Selepas objek boleh diikuti dengan bahagian keterangan.
¬  Contoh:

Subjek
Frasa nama

Kata kerja
objek
keterangan
kami
makan
ayam goreng itu
-
pemburu
menembak
harimau itu
dengan senapangnya.
dia
menjalankan
tugasnya
dengan baik.



2) Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek

 v  Frasa kerja yang tidak menmpunyai frasa nama sebagai objek disebut sebagai kata kerja tak transitif.
 v  Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.
 v  Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat aktif dan ayat tersebut boleh mengalami proses pasif.
 v  Jika sesuatu ayat aktif tidak dapat dipasifkan, maka itu bererti kata kerja dalam ayat tersebut bukan kata kerja transitif dan oleh itu tidak berobjek.
 v  Ada tiga jenis kata kerja tak transitif, seperti yang berikut:
(i)            Kata kerja tak transitif yang tidak diberi unsur pelengkap.
(ii)          Kata kerja tak transitif yang dapat diberi pelengkap sesudahnya.

(iii)         Kata kerja tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai penerang.



(i)            Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

  {  Kata kerja tak transitif jenis ini tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap. 
  {  Contohnya:
Semua penonton bangun.
                            Pokok itu tumbang.
              Kanak-kanak itu menangis.


(ii)          Kata Kerja Tak Transitif dengan Pelengkap

    * Kata kerja tak transitif yang dapat diberi pelengkap ialah kata kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap.
     *  Namun, unsur-unsur itu bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan.
    * Antara contoh-contoh kata kerja tak transitif demikian termasuklah beransur, tinggal, menjadi, berbuat, ada, berbantalkan, bertilamkan, dan sebagainya.
    * Unsur-unsur yang menjadi pelengkap kepada kata kerja tak transitif demikian boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

(a) Kata adjektif sebagai pelengkap
   & Pelengkap kata adjektif seperti genting, kukuh, jahat, baik, lemah, miskin, dan selainnya hadir sesudah kata kerja tak transitif untuk melengkapkannya.
   & Contohnya:
Keadaannya menjadi genting
Kesihatan bapanya beransur baik.
Ekonomi negara kita beransur kukuh.

 (b) Frasa sendi nama sebagai pelengkap
Ø  Frasa sendi nama sebagai pelengkap yang hadir selepas kata kerja tak transitif mendukung makna ‘tempat’ sebagai unsur- unsur yang melengkapkan kata kerja tak transitif.
Ø  Contoh kata kerja demikian ialah berada, tinggal, menetap, bermastautin, mem- be/ok, singgah, dan sebagainya:
Mereka berada di Kuala Lumpur.
Keluarga kami bermastautin di sini
Saya tinggal di kampung.

(c) Kata nama sebagai pelengkap
Ada kata kerja tak transitif tertentu yang harus diikuti oleh pelengkap kata nama.
Pelengkap yang demikian boleh dibezakan daripada kata nama sebagai objek atas dasar pelengkap tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat pasif.
Ada dua kumpulan kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap:
             1)    kata kerja yang berimbuhan ber-. . . -kan. Contohnya:
Dia berbantalkan lengan.
Pengembara itu berselimutkan embun.
   
           2)    Kata kerja yang boleh diikuti oleh kata nama sebagai pelengkap ialah menjadi dan ada. Contoh- nya:
 Dia menjadi guru.
Negara kita akan menjadi pengeksport barang-barang keluaran kilang.


(iii) Kata Kerja Tak Transitif dengan Kata Nama sebagai Penerang
  
  ¬  Kata nama sebagai penerang yang mengikuti kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan.
  ¬  Kata nama tersebut hanya menjadi penerang bagi kata kerja tak transitif dan bukan pelengkap kerana kata nama penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan makna kata kerja demikian.
  ¬  Contohnya:
subjek
Frasa kerja
Kata kerja
penerang
Kanak – kanak itu
berbaju
melayu
Lelaki itu
berseluar
Jean
Kegemarannya
bermain
bola




Saturday, February 8, 2014

Susunan konstituen frasa nama Bahasa Melayu

 1) Peraturan D-M

  ü   D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M).
  ü  Dalam peraturan D-M, unsur yang diterangkan menjadi unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan menjadi unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua.
  ü  Unsur yang diterangkan: Unsur inti / berada di kedudukan pertama.

  ü  Unsur yang menerangkan: Unsur penerang / berada di kedudukan kedua.
  ü  Contoh:

Frasa Nama
Diterangkan (D)
Menerangkan (M)
orang
lelaki
serbuk
perasa
guru
bahasa
baju
kemeja


ü  Penggunaan unsur frasa nama yang bertentangan dengan peraturan D-M, dikira salah dan tidak dapat diterima kerana intinya terletak di bahagian belakang.
ü  Contoh:

Aminah Restoran
Koh Klinik
Tenggara Asia
Kerinting Rambut Salon




     2) Kekecualian hukum D-M.
    
   ¬  Kekecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama pada nama – nama jawatan.
           ¬  Contoh:

Frasa Nama
Penerang (M)
Yang Diterangkan (D)
perdana
menteri
naib
presiden
ibu
pejabat
pembantu
penyelidik



      3) Bilangan dan Panggilan

  * Apabila unsur penerang terdiri daripada perkataan yang menunjukkan bilangan atau nama panggilan dan gelaran, maka penerang tersebut boleh mendahului inti, iaitu hadir di hadapan frasa nama.
  * Contoh:

1)    Bilangan
Frasa Nama
Bilangan
Penjodoh bilangan
Inti
dua
orang
calon
sepuluh
buah
rumah
Se-
kuntum
bunga


2)    Nama panggilan dan gelaran
Frasa Nama
Panggilan/gelaran
Inti

Puan
Mariam

Tun
Abdul Razak

Sang
Kancil