#Terdapat 4 jenis ayat:
- ayat penyata
- ayat tanya
- ayat perintah
- ayat seruan
$ Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan melakukan sesuatu penyataan atau mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara.
$ Sering juga disebut sebagai ayat keterangan.
$ Contoh:
1) Bapa saya seorang kerani di Wisma Putra Kota Bharu.
2) Ayah menghadiahkan sehelai kain batik kepada ibu sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
^^ Ayat tanya pula merupakan satu ayat yang digunakan untuk mengemukakan suatu pertanyaan.
^^ Contoh:
1) Emak sudah makan?
2) Dia hendak buat apa dengan kayu itu?
## Ayat perintah diucapkan untuk memberikan arahan atau untuk tujuan menimbulkan suatu tindakan.
## Ayat perintah boleh diucapkan dalam 4 bentuk iaitu bentuk suruhan, larangan, silaan atau permintaan bergantung kepada jenis perkataan (perintah) yang digunakan.
## Contoh:
1) Siapkan kerja yang saya beri dengan segera. (suruhan)
2) Jangan bermain di tepi tangga. Nanti jatuh. (larangan)
3) Sila masuk encik. (silaan)
4) Tolong saya angkat buku ini. (permintaan)
* Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan secara bernada seru untuk menyatakan sesuatu keadaan perasaan seperti marah, takut, geram dan lain - lain.
* Biasanya dalam ayat seruan, terdapat tanda seru (!) di akhir ayat.
* Contoh:
1) Amboi, garangnya!
2) Cis, berani kamu menganggu dia!
No comments:
Post a Comment