Sunday, March 16, 2014

Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif


  • Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya.
  • Contoh:
Kata Bantu
Penguat
Kata Adjektif
Penguat
-
sangat
pandai
-
sudah
-
besar
-
masih
-
kecil
amat

  • Seperti yang telah disebutkan, inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. 
  • Bahagian inti pula terdiri daripada dua jenis, iaitu mengikut binaannya:

(i) binaan satu perkataan
(ii) binaan dua perkataan



Binaan Satu Perkataan


  • Binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif seperti rajin, tinggi, nakal, baik, pucat, kosong, sederhana, cemas, dan selainnya seperti contoh-contoh di bawah:

  1. Pelayan kedai Pak Abu rajin. 
  2. Kawan-kawan Ahmad cerdik. 
  3. Adiknya sangat cergas.
  4. Warna kulit buku saya merah.
  • Contoh-contoh di atas ialah contoh-contoh kata adjektif yang terdiri daripada satu kata dasar, iaitu perkataan-perkataan tanpa imbuhan. 
  • Kata adjektif boleh juga terdiri daripada perkataan- perkataan berimbuhan, misalnya: sepandai, kemerah-merahan, terbaik, keinggeris-inggerisan, setinggi
  • Contoh:
  1. Aminah tidak sepandai adiknya. 
  2. Dalam darjah ini markah Husinlah yang terbaik. 
  3. Langit kemerah-merahan pada waktu senja. 
  4.  Gaya pertuturannya agak keinggeris-inggerisan. 
  5. Bangunan ini tidak setinggi bangunan itu.




 Binaan Dua Perkataan


  • Binaan jenis ini terdiri daripada dua perkataan, iaitu:

(i) Kata Adjektif + Kata Adjektif 

  • Binaan adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata adjektif boleh terdiri daripada:
(a) Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna, contohnya:
  1. riang gembira
  2.  letih lesu 
  3. cantik molek 
  4. lemak manis 
  5. gagah berani
  6.  penat lelah 
  7. kurus kering

(b) Dua kata adjektif yang maknanya berlawanan, contohnya:

  1. tinggi rendah 
  2. pahit manis 
  3. baik buruk 
  4. tua muda 
  5. kecil besar
  6.  miskin kaya

(c) Deretan dua kata adjektif dengan perkataan yang kedua di-gunakan oleh sebab unsur rima, yakni keindahan bunyi. Contohnya:

  1. tinggi lampai
  2.  gemuk gedempol
  3.  kaya raya


(ii) Kata Adjektif + Kata Nama

  • Binaan kata adjektif yang terdiri daripada kata adjektif+ kata nama terdiri daripada kata adjektif yang menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerangnya.
  •  Binaan kata adjektif jenis ini boleh terdiri daripada:
(a) Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan:

  1. merah jambu
  2.  hijau daun 
  3. biru laut 
  4. kuning langsat
  5.  jinak-jinak merpati
  6.  muda remaja

(b) Frasa adjektif yang membawa maksud kiasan:

  1. panjang tangan
  2.  besar kepala 
  3. ringan tulang 
  4. terang hati 
  5. rabun ayam 
  6. buta huruf 
  7. terang tanah
  8.  banyak mulut 
  9. tua keladi
  10.  lancang mulut





1 comment: