Sunday, March 16, 2014

Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat


  • Ada tiga jenis kedudukan frasa adjektif dalam ayat susunan biasa, iaitu:

(i) Selepas subjek sebagai predikat. 
(ii) Selepas frasa kerja sebagai keterangan.
(iii) Selepas frasa nama sebagai penerang.


Frasa Adjektif sebagai Predikat.

  • Dalam susunan ayat biasa frasa adjektif sebagai predikat hadir selepas subjek, seperti dalam contoh berikut:
Subjek
Predikat
Rumah Ali
sangat sederhana

  • Susunan ini boleh disongsangkan, iaitu frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat mendahului subjek, seperti yang berikut:
Predikat
Subjek
Sangat sederhana
rumah Ali

Perhatikan contoh-contoh seterusnya:

Susunan biasa:
  1. Badannya letih lesu 
  2. Malam ini gelap benar. 
  3. Hidup penyair agung itu amat sederhana. 
  4. Jalan raya itu sunyi senyap. 
  5. Badan gadis itu tinggi lampai. 
  6. Warna kereta Musa hijau muda. 
  7. Tidurnya nyenyak benar

Susunan songsang:
  1.  Letih lesu badannya. 
  2. Gelap benar malam ini. 
  3.  Amat sederhana hidup penyair agung itu. 
  4. Sunyi senyap jalan raya itu. 
  5. Tinggi lampai badan gadis itu. 
  6. Hijau muda warna kereta Musa. 
  7. Nyenyak benarr tidurnya. 


Frasa Adjektif sebagai Keterangan

  • Frasa adjektif boleh juga hadir selepas frasa kerja, iaitu menjadi keterangan. 
  • Contohnya:

Subjek
Predikat
FK
Keterangan (FA)
Dia
berjalan
sangat cepat
Mereka  
pulang
segera


Kata Adjektif sebagai Penerang Kata Nama

  • Kata adjektif juga boleh hadir dalam frasa nama, iaitu sebagai penerang kepada kata nama. Contohnya:
Frasa nama
Kata nama
Kata adjektif
pelajar
baharu
minyak
wangi
kopi
segera
bangunan
tinggi
























No comments:

Post a Comment