Sunday, March 16, 2014

Unsur Keterangan dalam Frasa Adjektif


  1. Dalam frasa adjektif, unsur keterangan boleh hadir sesudah kata adjektif. Contohnya:


  • Pegawai itu selalu sibuk dengan pekerjaannya
  • Rumah kita harus bersih demi kesihatan hidup kita.
  • Keadaannya selalu lemah pada bulan puasa. 
  • Buahnya manis ibarat gula.
  • Badannya sihat dengan tiba-tiba.


   2. Dan segi makna, keterangan bagi kata adjektif boleh digolongkan ke dalam beberapa golongan, iaitu:

(i) Keterangan cara
  • Badannya sihat dengan tiba-tiba.
  • Lukanya baik dengan sendirinya. 
  • Pokok itu segar dengan cepatnya.
(ii) Keterangan bandingan.

  • Buahnya manis ibarat gula.
  • Badannya kurus bagai lidi. 
  • Suaranya merdu seperti buluh perindu.
(iii) Keterangan hal atau keadaan

  • Pegawai itu selalu sibuk dengan pekerjaannya. 
  • Ramai penduduk desa masih melarat dalam kemiskinan.
  • Budak itu pandai dalam semua mata pelajaran

(iv) Keterangan tujuan.

  • Rumah kita harus bersih demi kesihatan hidup kita. 
  • Kita mesti cergas untuk kemajuan masyarakat kita. 
  • Juruterbang harus hati-hati demi keselamatan semua penumpang.

(v) Keterangan kekerapan.

  •  Dia sakit selalu
  •  Pekerja itu jarang - jarang lewat.
  •  Wanita itu sering sedih.

(vi) Keterangan terhadap.

  • Bayi itu sangat rindu akan emaknya
  • Kita harus cinta akan tanah air.
  • Raja itu sungguh kasih akan rakyatnya.

(vii) Keterangan musabab

  • Budak itu malas oleh sebab keletihan. 
  • Murid-murid itu lemah kerana tiada usaha. 
  • Makanan itu sedap kerana cukup bahan - bahannya

(viii) Keterangan waktu

  • Ali selalu sakit ketika masih bayi dahulu
  • Pegawai itu sungguh cekap pada masa sekarang. 
  • Pelatih-pelatih itu telah mahir dalam masa dua bulan sahaja.

(ix) Keterangan tempat.

  • Kanak-kanak itu sakit pada kakinya. 
  • Buah nanas manis pada bahagian pangkalnya. 
  • Bentuknya leper pada bahagian bawahnya.



No comments:

Post a Comment