Sunday, March 16, 2014

Frasa kerja dengan kata bantu


  • Unsur kata bantu  boleh disertai oleh kata penguat.
  • Kata bantu menerangkan kata kerja dan dua sudut makna, iaitu :
  1. Kata bantu aspek, yang menerangkan aspek waktu bagi kata kerja
  2. Kata bantu ragam, yang menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja

Kata Bantu Aspek
  • Kata bantu aspek menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan, iaitu sama ada kerja itu akan, sedang, sudah, masih, atau belum dilakukan.
  •  Kata bantu aspek tergolong kepada tiga jenis aspek masa berdasarkan sama ada perbuatan itu sudah, sedang, atau belum dilakukan,.
  • contohnya:
Kata bantu aspek
Sudah
dilakukan
Sedang dilakukan
Belum dilakukan
Sudah
Sedang
Belum
Telah
Masih
Akan
Pernah



  • Contoh ayat:
  1. Mereka sedang menonton wayang gambar itu. 
  2. Majapahit telah melanggar Singapura. 
  3. Saya pernah melihat orang itu. 
  4.  Ibu sedang memasak nasi. 
  5. Adik kecil masih tidur lagi. 
  6.  Matahari belum terbit lagi. 
  7.  Murid itu akan menulis surat kepada ibunya.
  • Dalam bahasa Melayu kata-kata bantu aspek tertentu boleh hadir berderetan, seperti dalam contoh-contoh yang di bawah ini:
Boleh hadir bersama
belum
+
pernah
masih
+
belum
masih
+
sedang
sudah
+
pernah
telah
+
pernah
  • Namun, ada juga kata-kata bantu yang tidak boleh hadir bersama-sama. Contohnya:
Tidak boleh hadir bersama
akan
+
belum
sedang
+
pernah
akan
+
sedang
sedang
+
telah
belum
+
akan
sedang
+
sudah
sedang
+
akan
pernah
+
akan
sedang
+
belum
pernah
+
belum
sedang
+
masih
telah
+
masih
pernah
+
masih
telah
+
akan
pernah
+
sedang
sudah
+
sedang
telah
+
sedang
sudah
+
belum
telah
+
belum


 Kata Bantu Ragam

  • Kata bantu ragam yang hadir sebelum kata kerja dalam frasa kerja ialah perkataan yang menerangkan ragam (atau suasana perasaan) sesuatu perbuatan itu dilakukan, misalnya sama ada seseorang itu mesti melakukan, hendak melakukan, atau berkeupayaan melakukan sesuatu perbuatan itu.
  •  Antara kata-kata bantu jenis ini termasuklah:
Kata bantu ragam
hendak
mahu
dapat
boleh
harus
mesti
  • Antara contoh ayat:
  1.  Encik Yahya hendak mengembara ke Afrika. 
  2.  Mereka mahu berikhtiar lagi. 
  3. Kerani itu harus menyiapkan kerja dengan segera. 
  4. Awak mseti berehat dahulu. 
  5.  Mereka boleh pergi sekarang. 
  6.  Kucing itu dapat memanjat pokok. 
  7.  Kami hendak pulang segera.
  • Beberapa kata bantu ragam tertentu boleh hadir berderetan sesamanya. Contohnya:
Boleh hadir bersama
harus
+
mahu
harus
+
dapat
mesti
+
mahu
mesti
+
dapat








  • Walau bagaimanapun ada kata-kata bantu yang tidak boleh hadir bersama-sama. Contohnya: 
Tidak boleh hadir bersama
hendak
+
mahu
hendak
+
boleh
hendak
+
harus
hendak
+
dapat
hendak
+
mesti
mahu
+
hendak
mahu
+
mesti
mahu
+
harus
mahu
+
dapat
mahu
+
boleh
mesti
+
harus
boleh
+
harus
boleh
+
mesti
dapat
+
mahu
dapat
+
hendak
dapat
+
boleh


  • Kata-kata bantu aspek tertentu boleh juga hadir bersama- sama kata bantu ragam secara berderetan, baik secara mendahului atau mengikutinya. Contohnya:
kata bantu aspek + kata bantu ragam

  1. Ahmad sedang hendak ke bandar. 
  2. Dia belum hendak mandi.
  3. Aminah akan dapat menjawab soalan itu.
  4.  Musa masih belum dapat tidur. 
  5. Encik Ibrahim belum boleh tahu akan hal itu.

kata bantu ragam  + kata bantu aspek
  1. Mereka mesti akan datang lagi. 
  2.  Mariam harus sudah tidur. 
  3.  Bapa mesti sudah berehat. 
  4. Datuk Penghulu harus telah menyelesaikan pergaduhan ini. 
  5. Polis mesti telah menangkap pencuri itu.




No comments:

Post a Comment