Sunday, March 16, 2014

Penguat


  • Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya sepatah kata adjektif dan boleh juga terdiri daripada kata adjektif yang disertai penguatnya. 
  • Ada tiga jenis penguat:

(i) Penguat hadapan
(ii) Penguat belakang
(iii) Penguat bebas


  • Penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif. Contohnya,  seperti dalam ayat-ayat berikut:

  1. Anak kecil itu terlalu nakal.
  2. Masakan ibunya paling sedap.

  • Penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif, contohnya, seperti dalam ayat-ayat berikut:
  1. Perangai budak itu baik sekali.
  2.  Kereta api itu lambat benar.
  3.  Istana di atas bukit itu indah nian.

  • Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh:
  1. (a) Pemandangan di pantai itu amat indah. 
  2. (b) Pemandangan di pantai itu indah amat. 
  3. (a) Pahlawan itu sungguh berani.
  4.  (b) Pahiawan itu berani sungguh.

  • Dua unsur penguat boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif. 
  • Contohnya, seperti dalam ayat-ayat berikut:
  1. Suaranya sungguh amat merdu. 
  2. Perangainya sungguh kurang sopan. 
  3. Bisanya terlalu amat pedih.



No comments:

Post a Comment