Sunday, March 16, 2014

Frasa Adjektif


  • Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. 
  • Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. 
  • Frasa adjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.
  •  Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja.
  • Manakala jika sebagai unsur penerang, kata adjektif hadir sesudah kata nama.


(i) frasa adjekfif sebagai predikat:

Subjek (FN)
Predikat (FA)
Adiknya
sangat pandai
Markahnya
tinggi
Orang muda itu
baik sungguh
Perangainya
tentu baik



(ii) frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat:


Subjek
Predikat
FK
Keterangan (FA)
Dia
berjalan
dengan cepat
Mereka
pulang
segera
Jirannya
datang
terlalu kerap



(iii) frasa adjektif sebagai unsur penerang:
 

Subjek
Predikat
FN
Penerang
Dia
budak
pandai
Pak Abu
orang
kaya
Asam pedas
masakan
asli









No comments:

Post a Comment