Tuesday, February 4, 2014

Ragam ayat

* Ayat membawa maksud :
-unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mempunyai makna yang lengkap.
-mempunyai unsur klausa (klausa tersebut terbentuk daripada frasa) dan frasa (frasa terbentuk daripada bentuk - bentuk perkataan).
-boleh terbentuk daripada 1 perkataan atau susunan beberapa perkataan.
-pengucapan ayat yang dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.
-mempunyai intonasi yang sempurna.

*Terdapat 2 jenis ayat iaitu:
1)ayat aktif
2)ayat pasif

* Ayat aktif merupakan satu binaan ayat yang mengutamakan subjek sebagai judul.
* Ayat aktif juga mengandungi kata kerja yang berawalan meN- dalam sesuatu binaan ayat.
* Contoh:

          subjek                           predikat
1)       Ali                                membaca buku itu.
2)       Adik                             menendang bola itu.

* Ayat pasif pula bermaksud ayat yang mengutamakan objek atau perbuatan
* Mengandungi kata kerja yang berawalan di-.
* Contoh:

         subjek                           predikat
1)      buku itu                        dibaca oleh Ali.
2)      bola itu                         ditendang oleh adik.

No comments:

Post a Comment