Saturday, February 8, 2014

Binaan frasa nama


  • Binaan frasa nama boleh  terdiri daripada satu perkataan atau sederetan perkataan.
  • Jika binaan ini terbentuk daripada sederetan perkataan, maka terdapat 2 jenis hubungan dalam binaan tersebut iaitu:
* Jenis 1: terdiri daripada 1 perkataan yang menjadi inti dan perkataan selepasnya menjadi penerang.
* Jenis 2: terdiri daripada 2 unsur inti di dalamnya.

  • Inti merupakan unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa.
  • Penerang pula merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.
  • Contoh frasa nama yang ada binaan inti + penerang:

Frasa Nama Subjek
Predikat
Inti
Penerang
Askar
Melayu Diraja
berbaris di padang
Kelakuan
baik
selalu mendapat pujian
Guru
sekolah agama itu
guru saya
  • Contoh frasa nama yang ada binaan inti + inti:
Frasa Nama Subjek
Predikat
Inti
Inti
Kerusi
meja
untuk pelajar – pelajar sahaja.
Ibu
bapa
tidak perlu datang.
Pinggan
mangkuk
tersusun dengan rapi di atas para.


No comments:

Post a Comment