Saturday, February 8, 2014

Binaan Frasa Nama : Inti + Inti

   T  Binaan ini tidak mempunyai unsur penerang kerana makna keseluruhan frasa nama itu didukung oleh kedua – dua kata nama inti.

   T  Oleh itu, binaan jenis ini tidak mempunyai makna penerang.

   T  Terdapat 2 golongan frasa nama dari jenis inti + inti, iaitu:
                      i.        Inti + inti dengan maksud sama erti

                     ii.        Inti + inti dengan maksud lawan erti



    INTI + INTI DENGAN MAKSUD SAMA ERTI


  & Perkataan – perkataan yang mengisi kedua – dua inti dalam binaan frasa nama membawa makna sama erti.
  & Contoh:

Frasa nama
Inti
Inti
tubuh
badan
hutan
rimba
pinggan
mangkuk




    INTI + INTI DENGAN MAKSUD LAWAN  ERTI

  & Perkataan – perkataan yang mengisi kedua – dua inti dalam binaan frasa nama membawa makna yang berlawanan.
  & Contoh:

Frasa nama
Inti
Inti
kerusi
meja
ibu
bapa
tuan
puan

1 comment: