Tuesday, February 4, 2014

konstituen frasa nama

$ Frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.

$ Selalunya frasa nama bertindak sebagai subjek dalam sesuatu binaan ayat seperti dalam pola di bawah:

1) FN + FN
2) FN + FK
3) FN + FA
4) FN + FS

$ Namun, kadang kala frasa nama boleh bertindak sebagai objek selepas kata kerja tansitif dalam frasa kerja seperti dalam contoh:

                          subjek                                           predikat
     
1)                    orang itu                                memanggil saya
2)                   Mereka semua                        melambaikan tangan     

$  Konstituen atau unsur yang menjadi frasa nama (FN) terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya.

$ Unsur inti ini boleh hadir bersendirian dengan sederetan penerang yang wujud sebelum (FN) atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah FN.

$ Ada pendapat yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh menjadi pengisi FN jika unsur-unsur itu  boleh saling mengganti dengan unsur–unsur nama. Misalnya:


(i) Bersenam menyihatkan badan.

$  Frasa nama senaman sebagai pengisi FN boleh digantikan oleh kata kerja bersenam, seperti dalam contoh yang berikut:

(ii) Bersenam menyihatkan badan.

$ Contoh-contoh unsur bukan nama yang lain yang diangggap boleh menjadi pengisi FN ialah kata kerja (KK) seperti berolahraga, merokok, bersawah, dan perli-memperli, FN seperti berlagak ke sana ke mari, dan makan suap, dan kata adjektif seperti putih. Misalnya seperti contoh ayat di bawah:

 1. Berolahraga menjadi kegemaran remaja
 2. Merokok kebiasaan ayah saya.


$ Pendapat lain pula mengatakan bahawa unsur-unsur yang menduduki tempat subjek FN dalam ayat-ayat di atas ialah  penerang kepada unsur inti yang telah dihilangkan.

$ Oleh yang demikian, unsur-unsur inti yang menjadi pengisi inti FN adalah daripada golongan KN juga, iaitu kegiatan, aktiviti, tabiat, perkerjaan, perbuatan dan warna.

$ Jika dipandang dari sudut kehadirannya, jenis-jenis KK dan KA di dalam ayat di atas boleh juga dianggap sebagai inti subjek FN. Dengan kata lain FN boleh dibentuk daripada KN, KA dan KK.
                                                   

No comments:

Post a Comment