Saturday, February 8, 2014

Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang

  Ø  Terdapat 2 jenis binaan frasa nama yang terdiri daripada inti + penerang, iaitu:

      I.                                 a)  Inti + penerang nama
    II.                                 b)   Inti + penerang bukan nama

      I.                       INTI + PENERANG NAMA

  ü  Dalam binaan ini, intinya terdiri daripada kata nama dan penerangnya juga terdiri daripada kata nama.
  ü  Kata nama yang boleh mengisi unsur penerang ialah:

•          Penerang nama keturunan.
•          Penerang nama jenis.
•          Penerang nama penyambut
•          Penerang nama kegunaan.
•          Penerang nama kelamin.
•          Penerang nama tempat.
•          Penerang nama arah.
•          Penerang nama anggota badan.
•          Penerang nama tenaga penggerak.
•          Penerang nama hal atau perkara.
•          Penerang nama milik.
•          Penerang nama khas.
•          Penerang nama panggilan atau gelaran.


      a)   Inti + Penerang nama keturunan

§  Menerangkan aspek salasilah pada kata nama.
§  Contoh:

Frasa nama
Inti
Penerang nama keturunan
Orang
Melayu
Bahasa
Cina
Kaum
Banjar


      b)    Inti + Penerang nama jenis
                   
      §  Menerangkan jenis - jenis tertentu bagi nama - nama itu.
§  Contoh:

Frasa nama
Inti
Penerang nama jenis
Harimau
bintang
Kelapa
sawit
Gelang
emas


       c)    Inti + Penerang nama penyambut

      §  Menerangkan perkara atau benda yang menjadi objek atau penyambut kepada alat atau pelaku yang ada pada inti.
§  Contoh:

Frasa nama
Inti (sebagai alat atau pelaku)
Penerang nama penyambut
penyendal
pintu
pam
air
pelayan
tetamu



       d)    Inti + Penerang nama kegunaan

      §  Menerangkan makna  fungsi atau peranan kepada inti.
§  Contoh:

Frasa nama
Inti
Penerang nama kegunaan
alat
pemadam
minyak
pelincir
tali
penyidai


e)    Inti + Penerang nama kelamin

      §  Menerangkan jenis jantina bagi inti.
§  Contoh:

Frasa nama
Inti
Penerang nama kelamin
ayam
jantan
anak 
perempuan
adik
lelaki
    

      f)    Inti + Penerang nama tempat
§                                               
                                                §   Menerangkan lokasi bagi inti.
§  Contoh:

Frasa nama
Inti
Penerang nama tempat
penduduk
bandar
tepi
pantai
anak
desa

       
      g)    Inti + Penerang nama arah

                                               §   Menerangkan hala bagi inti.
§  Contoh:

Frasa nama
Inti
Penerang nama arah
kawasan
barat
tingkat
atas
simpang
kanan


     h)    Inti + Penerang nama anggota badan

                                                §   Menerangkan bahagian tubuh badan yang berkaitan dengan inti itu.
§  Contoh:

Frasa nama
Inti
Penerang nama anggota badan
jam
tangan
batang
hidung
sarung
kaki


    i)    Inti + Penerang nama tenaga penggerak

                                                §   Menerangkan daya yang menggerakkan benda dalam inti
§  Contoh:

Frasa nama
Inti
Penerang nama tenaga penggerak
dapur
gas
kipas
elektrik
kapal
layar


    j)    Inti + Penerang nama perihal atau perkara

                                                §   Menerangkan hal atau perkara tentang inti.
§  Contoh:

Frasa nama
Inti
Penerang nama perihal atau perkara
lesen
perniagaan
surat
perjanjian
bilik
persalinan

     k)    Inti + Penerang nama milik

                                                §   Menerangkan makna kepunyaan bagi benda dalam inti.
§  Contoh:

Frasa nama
Inti
Penerang nama milik
rumah
saya
harta
kerajaan
belalai
gajah


      l)    Inti + Penerang nama khas

§                                             §   Merujuk kata nama khas bagi menerangkan inti.
                        §  Contoh:

Frasa nama
Inti
Penerang nama khas
bandar
Ipoh
Gunung
Kinabalu
Terusan
Suez

     
l)      m)  Inti + Penerang nama panggilan atau gelaran

§                                     §Merujuk nama julukan atau penghormatan kepda makhluk atau benda.
     §  Contoh:

Frasa nama
Penerang nama panggilan atau gelaran
Inti
Haji
Ahmad
Professor
Zaem
Sang 
Kancil





          INTI + PENERANG BUKAN NAMA

  ü  Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis kata nama.
  ü   Penerang bukan nama terdiri daripada penerang – penerang yang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama seperti:

•          Penerang penentu
•          Penerang kata kerja
•          Penerang kata adjektif
•          Penerang kata adverba
•          Penerang frasa sendi nama
•          Penerang bilangan ordinal


      a)   Inti + Penerang penentu

                                                § Unsur yang memberikan sifat ketentuan kepada kata nama.
§                                            §   Boleh berada di hadapan atau belakang inti.
§  Terdapat 2 golongan penerang penentu kata nama, iaitu:
                                  i)    Penentu hadapan

¬  Unsur yang hadir di hadapan kata nama
¬  Terdiri daripada kata bilangan yang boleh diikuti oleh penjodoh bilangan.
¬  Contoh:

Frasa nama
Penentu hadapan
Inti
Bilangan
Penjodoh bilangan
Lima
orang
askar
Beberapa
pucuk
senapang


                                  ii)    Penentu belakang

¬  Unsur yang hadir sesudah kata nama, dan unsur - unsur itu terdiri daripada kata penentu itu dan ini.
¬  Contoh:

Frasa  nama
Inti
Penentu belakang
Orang
itu
Rumah
ini


      b)   Inti + Penerang kata kerja

                                                § Menerangkan perlakuan kepada inti.

                                               § Contoh: 

Frasa  nama
Inti
Penerang kata kerja
mesin
jahit
tuala
mandi
meja
tulis


      c)   Inti + Penerang kata adjektif

                                                § Menerangkan makna sifat bagi inti.

                                               § Contoh: 

Frasa  nama
Inti
Penerang kata adjektif
anak
muda
sekolah
rendah
tahun
baharu

       
     d)   Inti + Penerang kata adverba

                                                § Menerangkan cara atau masa bagi kata nama inti.

                                               § Contoh: 

Frasa  nama
Inti
Penerang kata adverba
masa
serentak
kemasukan 
kemudian
lawatan
julung kali


     e)   Inti + Penerang frasa sendi nama

                                                § Unsur - unsur yang mengandungi kata sendi nama diikuti kata nama atau frasa nama dan mendukung antara makna tempat, waktu, bahan asal dan matlamat.

                                               § Contoh: 

Frasa nama
Inti
Penerang frasa sendi nama
Sendi Nama
Nama
kehidupan
pada
masa ini
kiriman
daripada
abang
lawatan
ke
Muzium Negara

     f)   Inti + Penerang bilangan ordinal

                                                §  Kata bilangan yang menunjukkan kedudukan dari segi urutan bilangan.

                                               § Contoh: 

Frasa nama
Inti
Penerang bilangan ordinal
tempat
pertama
rukun
kelima





Binaan frasa nama


  • Binaan frasa nama boleh  terdiri daripada satu perkataan atau sederetan perkataan.
  • Jika binaan ini terbentuk daripada sederetan perkataan, maka terdapat 2 jenis hubungan dalam binaan tersebut iaitu:
* Jenis 1: terdiri daripada 1 perkataan yang menjadi inti dan perkataan selepasnya menjadi penerang.
* Jenis 2: terdiri daripada 2 unsur inti di dalamnya.

  • Inti merupakan unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa.
  • Penerang pula merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.
  • Contoh frasa nama yang ada binaan inti + penerang:

Frasa Nama Subjek
Predikat
Inti
Penerang
Askar
Melayu Diraja
berbaris di padang
Kelakuan
baik
selalu mendapat pujian
Guru
sekolah agama itu
guru saya
  • Contoh frasa nama yang ada binaan inti + inti:
Frasa Nama Subjek
Predikat
Inti
Inti
Kerusi
meja
untuk pelajar – pelajar sahaja.
Ibu
bapa
tidak perlu datang.
Pinggan
mangkuk
tersusun dengan rapi di atas para.


Tuesday, February 4, 2014

konstituen frasa nama

$ Frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.

$ Selalunya frasa nama bertindak sebagai subjek dalam sesuatu binaan ayat seperti dalam pola di bawah:

1) FN + FN
2) FN + FK
3) FN + FA
4) FN + FS

$ Namun, kadang kala frasa nama boleh bertindak sebagai objek selepas kata kerja tansitif dalam frasa kerja seperti dalam contoh:

                          subjek                                           predikat
     
1)                    orang itu                                memanggil saya
2)                   Mereka semua                        melambaikan tangan     

$  Konstituen atau unsur yang menjadi frasa nama (FN) terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya.

$ Unsur inti ini boleh hadir bersendirian dengan sederetan penerang yang wujud sebelum (FN) atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah FN.

$ Ada pendapat yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh menjadi pengisi FN jika unsur-unsur itu  boleh saling mengganti dengan unsur–unsur nama. Misalnya:


(i) Bersenam menyihatkan badan.

$  Frasa nama senaman sebagai pengisi FN boleh digantikan oleh kata kerja bersenam, seperti dalam contoh yang berikut:

(ii) Bersenam menyihatkan badan.

$ Contoh-contoh unsur bukan nama yang lain yang diangggap boleh menjadi pengisi FN ialah kata kerja (KK) seperti berolahraga, merokok, bersawah, dan perli-memperli, FN seperti berlagak ke sana ke mari, dan makan suap, dan kata adjektif seperti putih. Misalnya seperti contoh ayat di bawah:

 1. Berolahraga menjadi kegemaran remaja
 2. Merokok kebiasaan ayah saya.


$ Pendapat lain pula mengatakan bahawa unsur-unsur yang menduduki tempat subjek FN dalam ayat-ayat di atas ialah  penerang kepada unsur inti yang telah dihilangkan.

$ Oleh yang demikian, unsur-unsur inti yang menjadi pengisi inti FN adalah daripada golongan KN juga, iaitu kegiatan, aktiviti, tabiat, perkerjaan, perbuatan dan warna.

$ Jika dipandang dari sudut kehadirannya, jenis-jenis KK dan KA di dalam ayat di atas boleh juga dianggap sebagai inti subjek FN. Dengan kata lain FN boleh dibentuk daripada KN, KA dan KK.
                                                   

Jenis ayat

#Terdapat 4 jenis ayat:
- ayat penyata
- ayat tanya
- ayat perintah
- ayat seruan

$ Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan melakukan sesuatu penyataan atau mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara.

$ Sering juga disebut sebagai ayat keterangan.

$ Contoh:
 1) Bapa saya seorang kerani di Wisma Putra Kota Bharu.
 2) Ayah menghadiahkan sehelai kain batik kepada ibu sempena ulang tahun perkahwinan mereka.


^^ Ayat tanya pula merupakan satu ayat yang digunakan untuk mengemukakan suatu pertanyaan.

^^ Contoh:
 1) Emak sudah makan?
 2) Dia hendak buat apa dengan kayu itu?


## Ayat perintah diucapkan untuk memberikan arahan atau untuk tujuan menimbulkan suatu tindakan.

## Ayat perintah boleh diucapkan dalam 4 bentuk iaitu bentuk suruhan, larangan, silaan atau permintaan bergantung kepada jenis perkataan (perintah) yang digunakan.

## Contoh:
 1) Siapkan kerja yang saya beri dengan segera. (suruhan)
 2) Jangan bermain di tepi tangga. Nanti jatuh. (larangan)
 3) Sila masuk encik. (silaan)
 4) Tolong saya angkat buku ini. (permintaan)

* Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan secara bernada seru untuk menyatakan sesuatu keadaan perasaan seperti marah, takut, geram dan lain - lain.

* Biasanya dalam ayat seruan, terdapat tanda seru (!) di akhir ayat.

* Contoh:
 1) Amboi, garangnya!
 2) Cis, berani kamu menganggu dia!

Ragam ayat

* Ayat membawa maksud :
-unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mempunyai makna yang lengkap.
-mempunyai unsur klausa (klausa tersebut terbentuk daripada frasa) dan frasa (frasa terbentuk daripada bentuk - bentuk perkataan).
-boleh terbentuk daripada 1 perkataan atau susunan beberapa perkataan.
-pengucapan ayat yang dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.
-mempunyai intonasi yang sempurna.

*Terdapat 2 jenis ayat iaitu:
1)ayat aktif
2)ayat pasif

* Ayat aktif merupakan satu binaan ayat yang mengutamakan subjek sebagai judul.
* Ayat aktif juga mengandungi kata kerja yang berawalan meN- dalam sesuatu binaan ayat.
* Contoh:

          subjek                           predikat
1)       Ali                                membaca buku itu.
2)       Adik                             menendang bola itu.

* Ayat pasif pula bermaksud ayat yang mengutamakan objek atau perbuatan
* Mengandungi kata kerja yang berawalan di-.
* Contoh:

         subjek                           predikat
1)      buku itu                        dibaca oleh Ali.
2)      bola itu                         ditendang oleh adik.