Ø Kata kerja tersebut boleh terdiri
daripada kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.
Ø Kata kerja transitif ialah kata kerja
yang mesti diikuti oleh objek serta unsur lain manakala kata kerja tak
transitif ialah kata kerja yang boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu
atau sederetan perkataan.
Ø Contoh frasa kerja:
Subjek
|
Frasa kerja
|
Adik
|
sedang tidur.
|
Hang Jebat
|
bertikam dengan Hang
Tuah.
|
Pemburu
|
menembak harimau itu
dengan senapangnya.
|
Kami
|
sedang makan ayam goreng.
|
1) Binaan frasa kerja
§ Terdiri daripada 2 jenis:
a)
Frasa
kerja yang tidak mengandungi objek.
v
Kata
kerja tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk
melengkapkannya.
v
Frasa
kerja ini mengandungi kata kerja tak transitif.
v
Contoh
ayat:
-
Mereka
sedang tidur
-
Hujan
turun dengan lebatnya.
b)
Frasa
kerja yang mengandungi objek.
¬
Kata
kerja mesti disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata
kerjanya.
¬
Frasa
kerja ini mengandungi kata kerja transiitif.
¬
Selepas
objek boleh diikuti dengan bahagian keterangan.
¬
Contoh:
Subjek
|
Frasa
nama
|
||
Kata
kerja
|
objek
|
keterangan
|
|
kami
|
makan
|
ayam
goreng itu
|
-
|
pemburu
|
menembak
|
harimau
itu
|
dengan
senapangnya.
|
dia
|
menjalankan
|
tugasnya
|
dengan
baik.
|
2) Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek
v Frasa kerja yang tidak menmpunyai frasa nama sebagai
objek disebut sebagai kata kerja tak transitif.
v Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang
tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk
melengkapkannya.
v Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur
yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat aktif dan ayat tersebut boleh
mengalami proses pasif.
v Jika sesuatu ayat aktif tidak dapat dipasifkan, maka itu
bererti kata kerja dalam ayat tersebut bukan kata kerja transitif dan oleh itu tidak
berobjek.
v Ada tiga jenis kata kerja tak transitif, seperti yang
berikut:
(i)
Kata kerja tak transitif
yang tidak diberi unsur pelengkap.
(ii)
Kata kerja tak
transitif yang dapat diberi pelengkap sesudahnya.
(iii)
Kata kerja tak
transitif yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai penerang.
(i)
Kata Kerja Tak
Transitif Tanpa Pelengkap
{ Kata kerja tak transitif jenis ini tidak memerlukan
apa-apa unsur sebagai pelengkap.
{ Contohnya:
Semua penonton
bangun.
|
Pokok itu
tumbang.
|
Kanak-kanak itu menangis.
|
(ii)
Kata Kerja Tak
Transitif dengan Pelengkap
* Kata kerja tak
transitif yang dapat diberi pelengkap ialah kata kerja yang tidak mempunyai
makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap.
* Namun, unsur-unsur
itu bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan.
* Antara contoh-contoh
kata kerja tak transitif demikian termasuklah beransur, tinggal, menjadi,
berbuat, ada, berbantalkan, bertilamkan, dan sebagainya.
* Unsur-unsur yang
menjadi pelengkap kepada kata kerja tak transitif demikian boleh dibahagikan
kepada tiga jenis, iaitu:
(a) Kata adjektif sebagai pelengkap
& Pelengkap kata adjektif seperti genting, kukuh, jahat,
baik, lemah, miskin, dan selainnya hadir sesudah kata kerja tak transitif untuk
melengkapkannya.
& Contohnya:
Keadaannya menjadi
genting
|
Kesihatan bapanya
beransur baik.
|
Ekonomi negara kita
beransur kukuh.
|
(b) Frasa sendi
nama sebagai pelengkap
Ø Frasa sendi nama sebagai pelengkap yang hadir selepas
kata kerja tak transitif mendukung makna ‘tempat’ sebagai unsur- unsur yang
melengkapkan kata kerja tak transitif.
Ø Contoh kata kerja demikian ialah berada, tinggal,
menetap, bermastautin, mem- be/ok, singgah, dan sebagainya:
Mereka berada di
Kuala Lumpur.
|
Keluarga kami
bermastautin di sini
|
Saya tinggal di
kampung.
|
(c) Kata nama sebagai pelengkap
Ada kata kerja tak transitif tertentu yang harus diikuti
oleh pelengkap kata nama.
Pelengkap yang demikian boleh dibezakan daripada kata
nama sebagai objek atas dasar pelengkap tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat
pasif.
Ada dua kumpulan kata kerja tak transitif yang memerlukan
pelengkap:
1) kata kerja yang berimbuhan ber-. . . -kan. Contohnya:
Dia berbantalkan
lengan.
|
Pengembara itu berselimutkan
embun.
|
2) Kata kerja yang boleh diikuti oleh kata nama sebagai
pelengkap ialah menjadi dan ada. Contoh- nya:
Dia menjadi guru.
|
Negara kita akan
menjadi pengeksport barang-barang keluaran kilang.
|
(iii) Kata Kerja Tak Transitif dengan Kata Nama sebagai
Penerang
¬ Kata nama sebagai penerang yang mengikuti kata kerja tak
transitif bukanlah objek kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh
dipasifkan.
¬ Kata nama tersebut hanya menjadi penerang bagi kata kerja
tak transitif dan bukan pelengkap kerana kata nama penerang boleh ditiadakan
tanpa merosakkan kesempurnaan makna kata kerja demikian.
¬ Contohnya:
subjek
|
Frasa kerja
|
|
Kata kerja
|
penerang
|
|
Kanak – kanak itu
|
berbaju
|
melayu
|
Lelaki itu
|
berseluar
|
Jean
|
Kegemarannya
|
bermain
|
bola
|