Terdapat 2 kedudukan subjek dan predikat dalam binaan ayat, iaitu:
* Susunan biasa iaitu binaan ayat yang subjeknya terletak di hadapan ayat, diikuti oleh predikat.
* Susunan songsang pula bermaksud binaan ayat yang predikatnya mendahului subjek.
Contoh:
(a) Susunan biasa
Subjek Predikat
- En Halim guru besar di sekolah itu.
- Abang kandungku sedang berehat di bilik sebelah.
- Pegawai polis itu amat cekap
(b) Susunan songsang
Subjek Predikat
- Guru besar di sekolah itu Encik Halim
- Sedang berehat di bilik sebelah abang kandungku
- Amat cekap pegawai polis itu.
No comments:
Post a Comment