* Ayat terbitan ialah ayat yang telah mengalami perubahan aturan disebabkan proses pengguguran, penyusunan semula atau peluasan.
* Ayat terbitan juga bermaksud ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi.
* Contoh:
Ayat dasar Ayat terbitan
Ani kerani (FN) + (FN) Ani seorang kerani di
sebuah pejabat
Adik menaiki bas (FN) + (FK) Adik menaiki bas untuk
ke sekolah
Rumah Azlina sangat cantik (FN) + (FA) Rumah Azlina sangat cantik
kerana telah dicat baru
Baju itu untuk adik (FN) + (FS) Baju itu untuk adik sempena
ulang tahun kelahirannya
Thursday, January 16, 2014
Susunan dalam ayat
Terdapat 2 kedudukan subjek dan predikat dalam binaan ayat, iaitu:
* Susunan biasa iaitu binaan ayat yang subjeknya terletak di hadapan ayat, diikuti oleh predikat.
* Susunan songsang pula bermaksud binaan ayat yang predikatnya mendahului subjek.
Contoh:
(a) Susunan biasa
Subjek Predikat
- En Halim guru besar di sekolah itu.
- Abang kandungku sedang berehat di bilik sebelah.
- Pegawai polis itu amat cekap
(b) Susunan songsang
Subjek Predikat
- Guru besar di sekolah itu Encik Halim
- Sedang berehat di bilik sebelah abang kandungku
- Amat cekap pegawai polis itu.
* Susunan biasa iaitu binaan ayat yang subjeknya terletak di hadapan ayat, diikuti oleh predikat.
* Susunan songsang pula bermaksud binaan ayat yang predikatnya mendahului subjek.
Contoh:
(a) Susunan biasa
Subjek Predikat
- En Halim guru besar di sekolah itu.
- Abang kandungku sedang berehat di bilik sebelah.
- Pegawai polis itu amat cekap
(b) Susunan songsang
Subjek Predikat
- Guru besar di sekolah itu Encik Halim
- Sedang berehat di bilik sebelah abang kandungku
- Amat cekap pegawai polis itu.
Friday, January 10, 2014
Ayat dasar
# Ayat dasar ialah ayat yang menjadi asas pembentukan kepada semua ayat yang lain.
# Binaan ayat dasar terbahagi kepada 4 pola ayat yang utama, iaitu:
Pola 1
Frasa Nama ( FN ) + Frasa Nama ( FN )
Dia abang saya
Pola 2
Frasa Nama ( FN ) + Frasa Kerja ( FK )
Adik menaiki bas
Pola 3
Frasa Nama ( FN ) + Frasa Adjektif ( FA )
Rumah Azlina sangat cantik
Pola 4
Frasa Nama ( FN ) + Frasa Sendi Nama ( FS )
Baju itu untuk adik
# Binaan ayat dasar terbahagi kepada 4 pola ayat yang utama, iaitu:
Pola 1
Frasa Nama ( FN ) + Frasa Nama ( FN )
Dia abang saya
Pola 2
Frasa Nama ( FN ) + Frasa Kerja ( FK )
Adik menaiki bas
Pola 3
Frasa Nama ( FN ) + Frasa Adjektif ( FA )
Rumah Azlina sangat cantik
Pola 4
Frasa Nama ( FN ) + Frasa Sendi Nama ( FS )
Baju itu untuk adik
Wednesday, January 8, 2014
Struktur binaan subjek dan predikat.
- Subjek merupakan konstituen yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.
- Predikat pula ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.
- Contoh dapat dilihat di bawah:
subjek predikat
Amin guru besar di sekolah itu
Abang kandungku sedang berehat di bilik sebelah
Pegawai kastam itu sangat cekap
Definisi Ayat
(1). Ali (FN) peniaga (FN)
(2). Pemburu itu (FN) melontar lembing (FK)
(3). Bajunya (FN) cantik sekali (FA)
(4). Rumah itu (FN) di tepi sawah (FS)
- Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
- Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al, 2006).
- Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz . 2008).
- Contoh binaan ayat:
(1). Ali (FN) peniaga (FN)
(2). Pemburu itu (FN) melontar lembing (FK)
(3). Bajunya (FN) cantik sekali (FA)
(4). Rumah itu (FN) di tepi sawah (FS)
Tuesday, January 7, 2014
Definisi Sintaksis
Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Ringkasnya, bidang sintaksis membincangkan tentang hal berkaitan ayat. Sebelum itu, perlu kita fahami tentang konsep ayat terlebih dahulu.
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Unit-unit asas yang membentuk ayat ini terdiri daripada unsur kata, subjek (pelaku) dan predikat (perkara yang dilakukan).
Bagi contoh bidang-bidang sintaksis, saya telah menyediakan bahan yang terdiri daripada ayat majmuk gabungan, jenis ayat dan ragam ayat.
Subscribe to:
Posts (Atom)