Sunday, March 16, 2014

Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja


  1. Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang dengan lebih lanjut lagi menerangkan kata kerja itu. 
  2. Dalam ayat susunan biasa, keterangan hadir sesudah kata kerja.
  3. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek.
  4.  Dan segi struktur binaannya, unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, dan frasa nama. 
  5. Contohnya:

  • Kerajaan mengeluarkan kenyataan tentang kenaikan gaji
  • Sungai Perak mengalir dengan tenangnya. 
  • Pemimpin yang sudah berumur itu bercakap perlahan - lahan.
  • Bunga rampai itu berbau sungguh harum.
  • Mereka berjuang demi kemerdekaan air. 
  • Burung helang terbang tinggi. 
  • Rombongan pengantin itu tiba malam tadi.
  • Kumpulan pelajar Malaysia itu bertolak esok pagi ke Jepun.


    6. Dilihat dan segi makna, frasa keterangan terbahagi kepada lapan kumpulan, iaitu:

(i) Keterangan tempat atau arah ialah unsur yang membincangkan lokasi terjadinya sesuatu peristiwa atau keadaan. 
- Kata sendi namanya ialah di, ke, dari, daripada, kepada, dan pada
- Contohnya:

  • Ramai wanita bekerja di kilang. 
  • Mereka berasal dari  Sarawak. 
  • Tembakannya kena pada sasarannya. 
  • Adik menerima surat daripada sahabat penanya. 
  • Juragan itu terjun ke dalam Iaut.
  • Hadiah ini diberikan kepadanya.

(ii) Keterangan waktu
-  Terdapat dua bentuk keterangan waktu.
-  Yang pertama merupakan frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama pada, dalam, sejak, dan hingga. 
- Yang kedua terdiri daripada frasa nama, misalnya semalam dan dua dekad yang lalu. Contohnya:

  • Kuliah itu tamat pada pukul 5 petang. 
  • Kursus itu bermula sejak 5 tahun yang lalu.
  • Kami menunggu ketibaannya hingga pukul 12 malam.
  • Dia menyelesaikan kerjanya dalam masa tiga jam. 
  • Perwakilan negara-negara asing tiba semalam. 
  • Peristiwa itu berlaku dua dekad yang lalu.

(iii) Keterangan cara.
- Terdapat dua bentuk keterangan cara. 
- Yang pertama terdiri daripada kata adjektif
- Yang kedua terdiri daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan  diikuti oleh kata adjektif yang menerima kata pembenda —nya.

  • Kereta api itu bergerak Iaju. 
  • (a) Kereta api itu bergerak dengan lajunya. 
  •  Mereka bercakap lantang. 
  • (a) Mereka bercakap dengan lantangnya. 
  • Sungai Perak mengalir tenang 
  • (a) Sungai Perak mengalir dengan tenangnya.

(iv) Keterangan tujuan atau harapan.
- Keterangan tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud sesuatu perbuatan atau kejadian.
- Kata sendi namanya ialah demi, untuk, dan bagi.

  • Kita berjuang demi keadilan undang - undang.
  • Mereka bertindak untuk kepentingan sendiri. 
  • Rakyat harus berusaha untuk kejayaan masa depan negara. 
  • Kerajaan membina pusat kesihatan desa untuk faedah orang - orang kampung.
  • Berjuanglah demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

(v) Keterangan alat ialah unsur yang menerangkan perkakas atau benda yang digunakan. - - -- Kata sendi namanya ialah dengan.
- Contoh:

  • Rombongan pelajar itu datang dengan bas.
  • Dia memukul ular itu dengan buluh.
  • Mereka menyeberangi sungai itu dengan rakit
  • Saya memotong tali itu dengan pisau belati.

(vi) Keterangan penyertaan ialah unsur yang menerangkan maksud ikut bersama-sama. -  - -- Kata sendi namanya ialah dengan.
- Contoh:

  • Pelajar baharu itu datang dengan ayahnya.
  • Menteri Pendidikan tiba dengan pegawai-pegawainya.
  • Murid-murid melawat muzium dengan guru mereka
  • Pengerusi majlis masuk ke dewan dengan setiausahanya.

(vii) Keterangan hal ialah unsur yang menerangkan keadaan. 
- Kata sendi namanya ialah tentang, mengenai, terhadap. 
- Contoh:

  • Mereka sedang berbincang tentang perkara itu
  • Jawatankuasa membuat teguran terhadap hal itu.
  • Kerajaan akan mengeluarkan kenyataan mengenai kekecohan yang berlaku di bank tersebut.

(viii) Keterangan bagai ialah unsur yang menerangkan keserupaan. 
- Kata sendi namanya ialah seperti, bagai, sebagai, bak.
- Contoh:

  • Dia berlagak seperti pegawai. 
  • Pasangan suami isteri itu bagai pinang dibelah dua.
  • Saya berperanan sebagai bapanya. 
  • Mukanya bercahaya bak bulan purnama.



Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen

  • Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen.
  • Apabila ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Contohnya:

(i) Frasa kerja transitif dengnn ayat komplemen

  1. Orang itu menafikan bahawa barang - barangnya telah hilang
  2. Pemuda itu mengakui bahawa dia telahi memenangi peraduan rnengarang cerpen
  3. Berita itu menyebut bahawa semua penumpang terselamat. 
  4. Kami menegaskan bahawa kejayaan bergantung pada usaha gigih
  5. Kerajaan mengumumkan bahawa rakyat luar bandar akan diberi lebih banyak kemudahan di bawah RM Keenam.

(ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen


  1.  Pak Abu percaya bahawa tetamu anaknya dari kota. 
  2. Mereka beranggapan bahawa projek itu dapat diselesaikan dalam masa dua tahun.
  3. Penduduk-penduduk kampung itu tahu bahawa penghulu mereka sudah pergi.
  4. Penceramah itu berasa bahawa tajuk itu sesuai untuk para pendengar. 
  5. Ibu Ali berpendapat bahawa sumbangan PIBG sekolah anaknya berkesan.

Frasa kerja dengan kata bantu


  • Unsur kata bantu  boleh disertai oleh kata penguat.
  • Kata bantu menerangkan kata kerja dan dua sudut makna, iaitu :
  1. Kata bantu aspek, yang menerangkan aspek waktu bagi kata kerja
  2. Kata bantu ragam, yang menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja

Kata Bantu Aspek
  • Kata bantu aspek menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan, iaitu sama ada kerja itu akan, sedang, sudah, masih, atau belum dilakukan.
  •  Kata bantu aspek tergolong kepada tiga jenis aspek masa berdasarkan sama ada perbuatan itu sudah, sedang, atau belum dilakukan,.
  • contohnya:
Kata bantu aspek
Sudah
dilakukan
Sedang dilakukan
Belum dilakukan
Sudah
Sedang
Belum
Telah
Masih
Akan
Pernah



  • Contoh ayat:
  1. Mereka sedang menonton wayang gambar itu. 
  2. Majapahit telah melanggar Singapura. 
  3. Saya pernah melihat orang itu. 
  4.  Ibu sedang memasak nasi. 
  5. Adik kecil masih tidur lagi. 
  6.  Matahari belum terbit lagi. 
  7.  Murid itu akan menulis surat kepada ibunya.
  • Dalam bahasa Melayu kata-kata bantu aspek tertentu boleh hadir berderetan, seperti dalam contoh-contoh yang di bawah ini:
Boleh hadir bersama
belum
+
pernah
masih
+
belum
masih
+
sedang
sudah
+
pernah
telah
+
pernah
  • Namun, ada juga kata-kata bantu yang tidak boleh hadir bersama-sama. Contohnya:
Tidak boleh hadir bersama
akan
+
belum
sedang
+
pernah
akan
+
sedang
sedang
+
telah
belum
+
akan
sedang
+
sudah
sedang
+
akan
pernah
+
akan
sedang
+
belum
pernah
+
belum
sedang
+
masih
telah
+
masih
pernah
+
masih
telah
+
akan
pernah
+
sedang
sudah
+
sedang
telah
+
sedang
sudah
+
belum
telah
+
belum


 Kata Bantu Ragam

  • Kata bantu ragam yang hadir sebelum kata kerja dalam frasa kerja ialah perkataan yang menerangkan ragam (atau suasana perasaan) sesuatu perbuatan itu dilakukan, misalnya sama ada seseorang itu mesti melakukan, hendak melakukan, atau berkeupayaan melakukan sesuatu perbuatan itu.
  •  Antara kata-kata bantu jenis ini termasuklah:
Kata bantu ragam
hendak
mahu
dapat
boleh
harus
mesti
  • Antara contoh ayat:
  1.  Encik Yahya hendak mengembara ke Afrika. 
  2.  Mereka mahu berikhtiar lagi. 
  3. Kerani itu harus menyiapkan kerja dengan segera. 
  4. Awak mseti berehat dahulu. 
  5.  Mereka boleh pergi sekarang. 
  6.  Kucing itu dapat memanjat pokok. 
  7.  Kami hendak pulang segera.
  • Beberapa kata bantu ragam tertentu boleh hadir berderetan sesamanya. Contohnya:
Boleh hadir bersama
harus
+
mahu
harus
+
dapat
mesti
+
mahu
mesti
+
dapat








  • Walau bagaimanapun ada kata-kata bantu yang tidak boleh hadir bersama-sama. Contohnya: 
Tidak boleh hadir bersama
hendak
+
mahu
hendak
+
boleh
hendak
+
harus
hendak
+
dapat
hendak
+
mesti
mahu
+
hendak
mahu
+
mesti
mahu
+
harus
mahu
+
dapat
mahu
+
boleh
mesti
+
harus
boleh
+
harus
boleh
+
mesti
dapat
+
mahu
dapat
+
hendak
dapat
+
boleh


  • Kata-kata bantu aspek tertentu boleh juga hadir bersama- sama kata bantu ragam secara berderetan, baik secara mendahului atau mengikutinya. Contohnya:
kata bantu aspek + kata bantu ragam

  1. Ahmad sedang hendak ke bandar. 
  2. Dia belum hendak mandi.
  3. Aminah akan dapat menjawab soalan itu.
  4.  Musa masih belum dapat tidur. 
  5. Encik Ibrahim belum boleh tahu akan hal itu.

kata bantu ragam  + kata bantu aspek
  1. Mereka mesti akan datang lagi. 
  2.  Mariam harus sudah tidur. 
  3.  Bapa mesti sudah berehat. 
  4. Datuk Penghulu harus telah menyelesaikan pergaduhan ini. 
  5. Polis mesti telah menangkap pencuri itu.